Jumaat, 23 Mac 2012

Permulaan yang memberangsangkan.

[Berita ini lambat disiarkan walaupun draf sudah lengkap].
PERIBADI, 28 JULAI: Tempoh 3 hari selepas pendaftaran dianggap lebih mencabar bagi yang kali pertama menetap di kolej universiti, itu reaksi Hafzan Shafiq bin Hamdan (HSBH) selaku bakal mahasiswa di Kolej Universiti 'Terengganu Advanced Technical Institute' (TATIUC). 3 hari yang dimaksudkan itu ialah program Minggu Haluan Siswa (MHS) 2011 yang telahpun diadakan pada 24-26hb Julai lalu. Minggu Haluan Siswa diadakan bagi memperincikan serba sedikit tentang suasana persekitaran kampus termasuk asrama, perihal pengajian (subjek/matapelajaran, kursus, program dan kokurikulum) dan banyak lagi. Ia diadakan selama tiga hari saja dan terbahagi kepada dua sesi yang mana sesi keduanya pula sedang diadakan mulai 27hb Julai lalu sehingga 29hb Julai ini. Majlis perasmian MHS 2011 telahpun diadakan pada 24hb dan 27hb Julai lalu (mengikut sesi) manakala majlis penutupnya akan diadakan pada 30hb Julai ini secara serentak pada malam tersebut.
MHS 2011 diadakan sebanyak dua kali mengikut pendaftaran yang telah berlangsung selama dua kali mengikut kursus yang ditawarkan. MHS 2011 juga dikendalikan oleh para fasilator (atau nama jolokan, fesi) yang berpengalaman sepanjang tiga hari program tersebut.
Banyak perkara mengenai TATIUC, asrama, pengajian, pinjaman serta lain-lain perkara dapat ditimba selama para bakal mahasiswa/pelajar berada dalam program tersebut. Selain itu, para pelajar dapat mempelajari kepentingan disiplin dalam diri pelajar apabila mereka berdepan dengan cabaran dan hukuman yang dihadapi seperti 'nyut telinga/ketuk ketampi', 'pumping' dan lain-lain apabila melakukan kesalahan. Pada program itu juga, 'Skuad Disiplin' juga ditubuhkan untuk mengesan para pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di dalam kampus.
Biarpun berhadapan dengan cabaran selama tiga hari program tersebut, namun semua pelajar yang terlibat berasa gembira dan seronok. Ini dibuktikan dengan persembahan khas pelajar yang diadakan pada penghujung program yang menunjukkan setiap satu persembahan mempunyai nilai-nilai moral untuk difikirkan selain membuatkan ramai ketawa semasa menonton persembahan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HSBHCatatan Paling Ramai Baca.