Isnin, 23 April 2012

Makluman penting.


Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Saya di sini ingin mengumumkan sesuatu yang penting berkaitan dengan blog yang dimiki oleh saya, HSBH (Hafzan Shafiq bin Hamdan). Bermula pada 29hb April ini, kedua-dua blog ini akan melalui penjenamaan semula supaya kedua-dua blog ini akan terus dekat dengan pembaca dan juga supaya kedua-dua blog ini akan mempunyai keserasian masing-masing, untuk diselaraskan dengan nama HSBH. Bermula pada hari tersebut, MYHSBHBLOG akan dikenali sebagai HSBHPeribadi dan Blog HSBHBuletin akan dikenali sebagai HSBHBuletin. Alamat Web juga akan ditukar mulai hari tersebut; iaitu http://myhsbhblog.blogspot.com/ akan berubah kepada http://hsbhperibadi.blogspot.com/ manakala http://bloghsbhbul.blogspot.com/ akan berubah kepada http://hsbhbuletin.blogspot.com/. Bagaimanapun, peranan kedua-dua blog ini masih sama dan tiada perubahan isi yang dilakukan, kecuali diberitahu. Perubahan ini akan menjadikan blog-blog ini sebagai blog yang tersusun dan mesra pengguna. Jika ada kemusykilan, sila hantarkan komen di bawah catatan ini atau hantarkannya ke e-mel: hafzanshafiqhamdan@yahoo.com.my. Sekian, harap maklum.
Perhatian: alamat Web HSBHBuletin tidak wujud sebelum penjenamaan bermula pada 29hb April. Justeru, pautan pada alamat Web HSBHBuletin adalah pautan mati (dead link) dan ia akan berfungsi selepas penjenamaan selesai. Bagaimanapun, alamat Web Blog HSBHBuletin tidak akan berfungsi selepas penjenamaan tersebut pada 29hb April kerana kandungan blog telah berpindah ke alamat Web baru. Sila ambil perhatian kerana ia membabitkan pertukaran alamat Web tersebut. Harap maklum.

Sabtu, 21 April 2012

Dua isu dari akhbar Cina yang menarik untuk dikupas.

Baru-baru ini saya telah membaca dua artikel yang disiarkan oleh MyMassa mengenai isu-isu terkini yang cuba diulas oleh pengarang-pengarang akhbar Cina di Malaysia. Isunya berkaitan dengan janji pihak pembangkang jika menakluk Malaysia (menerusi pilihan raya) serta isu pemansuhan PTPTN. Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila klik pada pautan yang diberikan di bawah petikan. Berikut adalah sedutan isi kupasan oleh akhbar Cina yang disiarkan MyMassa: (Terjemahan daripada artikel sebenar yang ditulis dalam bahasa Cina.)


Jumaat, 20 April 2012

Musim peperiksaan pada penghujung semester.

PERKEMBANGAN KAMPUS, 20 April: Pada minggu ini dan minggu depan, sedang berlangsungnya musim peperiksaan penghujung semester untuk sesi 2011-2012. Para pelajar sekarang ini sedang sibuk mengulangkaji pelajaran mereka. Kebanyakan daripada mereka menduduki peperiksaan di dewan perpustakaan, dewan MLH dan dewan di ITC. Selain daripada peperiksaan bertulis, pelajar-pelajar yang mengambil kursus Seni Reka Grafik dan Media Kreatif, antaranya sedang melakukan kerja projek akhir (final project work) mereka, manakala, kursus-kursus lain sedang sibuk diadakan ujian praktikal mereka.
Pihak Blog HSBHBuletin mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar dalam menghadapi musim peperiksaan.
Catatan: Cuti hujung semester adalah pada 27hb April, iaitu sehari selepas penghuni asrama mengosongkan asrama dan pulang ke rumah masing-masing. Ikuti perkembangannya pada catatan akan datang.

Parlimen ditangguhkan lewat - satu kejayaan buat ahli Parlimen.

PERKEMBANGAN NEGARA, 20 April: Agak menakjubkan dan terbaik apabila persidangan Parlimen dilanjutkan dan ditangguhkan pada lewat malam@awal pagi. Parlimen ditangguhkan pada kira-kira jam 3:21 pagi tadi. Berita ini sekarang sedang dipaparkan di kebanyakan blog utama. Sila klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut serta mengenalpasti sumber gambar di atas:
http://badutrakyat.blogspot.com/2012/04/live-dari-parlimen-tahniah-kepada.html (Kredit kepada blog Badut Rakyat).

Khamis, 19 April 2012

Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

PERKEMBANGAN NEGARA, 18 April: Majlis pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 telah selamat disempurnakan pada 11hb April yang lalu. Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan baginda. Daulat Tuanku. Jadi marilah kita sama-sama menghormati raja-raja kita sebagai salah satu warisan Melayu yang tidak akan hilang ditelan zaman. Penghormatan kepada raja ada disebutkan dalam Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Sumber gambar ini: http://www.mukapetang.com/.

Jumaat, 23 Mac 2012

Permulaan yang memberangsangkan.

[Berita ini lambat disiarkan walaupun draf sudah lengkap].
PERIBADI, 28 JULAI: Tempoh 3 hari selepas pendaftaran dianggap lebih mencabar bagi yang kali pertama menetap di kolej universiti, itu reaksi Hafzan Shafiq bin Hamdan (HSBH) selaku bakal mahasiswa di Kolej Universiti 'Terengganu Advanced Technical Institute' (TATIUC). 3 hari yang dimaksudkan itu ialah program Minggu Haluan Siswa (MHS) 2011 yang telahpun diadakan pada 24-26hb Julai lalu. Minggu Haluan Siswa diadakan bagi memperincikan serba sedikit tentang suasana persekitaran kampus termasuk asrama, perihal pengajian (subjek/matapelajaran, kursus, program dan kokurikulum) dan banyak lagi. Ia diadakan selama tiga hari saja dan terbahagi kepada dua sesi yang mana sesi keduanya pula sedang diadakan mulai 27hb Julai lalu sehingga 29hb Julai ini. Majlis perasmian MHS 2011 telahpun diadakan pada 24hb dan 27hb Julai lalu (mengikut sesi) manakala majlis penutupnya akan diadakan pada 30hb Julai ini secara serentak pada malam tersebut.
MHS 2011 diadakan sebanyak dua kali mengikut pendaftaran yang telah berlangsung selama dua kali mengikut kursus yang ditawarkan. MHS 2011 juga dikendalikan oleh para fasilator (atau nama jolokan, fesi) yang berpengalaman sepanjang tiga hari program tersebut.
Banyak perkara mengenai TATIUC, asrama, pengajian, pinjaman serta lain-lain perkara dapat ditimba selama para bakal mahasiswa/pelajar berada dalam program tersebut. Selain itu, para pelajar dapat mempelajari kepentingan disiplin dalam diri pelajar apabila mereka berdepan dengan cabaran dan hukuman yang dihadapi seperti 'nyut telinga/ketuk ketampi', 'pumping' dan lain-lain apabila melakukan kesalahan. Pada program itu juga, 'Skuad Disiplin' juga ditubuhkan untuk mengesan para pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di dalam kampus.
Biarpun berhadapan dengan cabaran selama tiga hari program tersebut, namun semua pelajar yang terlibat berasa gembira dan seronok. Ini dibuktikan dengan persembahan khas pelajar yang diadakan pada penghujung program yang menunjukkan setiap satu persembahan mempunyai nilai-nilai moral untuk difikirkan selain membuatkan ramai ketawa semasa menonton persembahan itu.

SPM 2011: Tahniah kepada yang berjaya.

HSBH ucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2011 di atas kejayaan semua calon mendapat hasil yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011. Kesemua calon mendapat slip keputusan SPM 2011 pada 21hb Mac lalu. Berikut adalah laporan berita daripada Utusan Online mengenai peratusan pelajar mendapat gred. Seramai 559 calon mendapat semua A+, peningkatan sebanyak 156 orang calon daripada 403 calon pada tahun sebelumnya. Dikhabarkan peperiksaan SPM akan ditambah baik bagi memastikan calon mendapat keputusan yang lebih baik. Baca lebih banyak lagi cerita-cerita pelajar cemerlang SPM di Utusan Online. Kepada calon SPM yang akan mengambil SPM 2012, berusahalah sebaik mungkin untuk kejayaan para pelajar semua. Tahniah kepada semua calon!


Malam Persembahan BI 2012 (English Nite 2012) mantap.

PERKEMBANGAN KAMPUS, 22 Mac: Malam Persembahan Bahasa Inggeris (BI) 2012 (English Nite 2012) berlangsung dengan jayanya.
Malam Persembahan tersebut terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu bahagian pertama telah berlangsung pada 28hb Februari lalu dan bahagian kedua yang baru saja berlangsung pada 19 dan 20hb Mac lalu.
Terdapat beberapa buah kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari program Diploma sehingga Ijazah menyertai malam tersebut. Persembahan pada malam tersebut yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Pada malam persembahan bahagian kedua, kehadiran penonton agak ramai, yang membolehkan aktiviti ini berjalan dengan begitu meriah.
Malam Penutup Persebahan Bahasa Inggeris pula disempurnakan oleh Dr Nor Bahiyah binti Baba pada 20hb Mac. Pada malam tersebut kumpulan yang bertanding menerima hadiah berupa hamper setiap sekumpulan. Manakala dua persembahan terbaik pada malam persembahan yang lepas dipilih dan dipersembahkan semula kepada penonton pada malam penutup tersebut. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kerana memberi sokongan kepada aktiviti ini.

Rabu, 29 Februari 2012

Berita terganggu buat beberapa hari disebabkan kenyataan ini....



Gambar terkini HSBH di TATIUC. Dirakamkan di depan Perpustakaan.


Assalamualaikum. Akhirnya saya sempat jugak menulis 'post' dalam blog ni walaupun pada masa yang luar dari kebiasaan. Sebenarnya, saya masih dalam pengajian di Kolej Universiti TATI (TATIUC) dalam program Diploma dalam Grafik Media Kreatif untuk semester kedua, tahun pertama. Sebenarnya, saya mengakui masa yang agak terhad serta ketiadaan bahan atau idea juga menyumbang kepada ketiadaan catatan dalam blog ni antara catatan terakhir saya dengan masa catatan terbaru sekarang. Jadi, mungkin saya akan "log-off" dulu buat beberapa hari sebelum memulakan catatan terbaru saya ini. Lebih banyak maklumat dan berita akan dicatatkan dalam blog ini pada masa akan datang. Jumpa lagi!
Sebelum tu, ada satu lagi blog baru diperkenalkan tetapi blog tersebut kini di Tumblr. Klik alamat berikut untuk melihat blog terbaru saya. Pasti menjanjikan kelainan daripada biasa.
http://hafzanshafiq.tumblr.com/
Sebarang cadangan ataupun persoalan, sila kemukakan ke hafzanshafiqhamdan@yahoo.com.my.
Teks asal dari: http://myhsbhblog.blogspot.com/.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HSBHCatatan Paling Ramai Baca.