Sabtu, 9 Julai 2011

Jalan-jalan ditutup akibat perhimpunan haram.

DALAM NEGERI, 9 Julai: Perhimpunan haram yang diadakan oleh BERSIH semakin hangat diperkatakan dan ia berlaku hari ini. Perhimpunan ini diadakan sekitar Kuala Lumpur yang menyebabkan beberapa jalan di Kuala Lumpur ditutup untuk 'memberi laluan' kepada perhimpunan tersebut. Petikan berikut dipetik daripada laman web Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_42.htm iaitu mengenai beberapa jalan yang ditutup tersebut. Sebanyak 58 buah jalan ditutup dan ia terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR 8 Julai – Berikut adalah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan haram Bersih esok:
1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru
2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban
3. Bulatan Sungai Besi
4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu
5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu
6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar
7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi
8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak
9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora
11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi
12. Bulatan Kampung Pandan
13. Jalan Selatan
14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang
15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang
16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92
17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng
18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton
19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor
20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda
21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)
22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang
23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo
24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng
25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC
26. Jalan Tun Razak/Perkeso
27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz
28. Jalan Tun Razak/Parking IJN
29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru
30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL
31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang
32. Bulatan Pahang
33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang
34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling
35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh
36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat
37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail
38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching
39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)
40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)
41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra
42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut
43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuanku Abdul Rahman
44. Jalan Mahameru/susur Parlimen
45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen
46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)
47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani
48. Jejambat Wisma Tani
49. Jalan Mahameru/susur Carcosa
50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers
51. Jalan Bangsar/Jalan Travers
52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)
53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara
54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan
55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)
56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra
57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman
58. Jalan Sulaiman (KTM) – Utusan
Stesen hentian bas juga dipindahkan ke stesen sementara pada hari ini. Sementara itu pihak polis mengawal ketat kesemua kawasan-kawasan dalam bandar raya juga jalan-jalan di atas untuk berhadapan dengan perhimpunan tersebut. Beberapa perkhidmatan pengangkutan awam yang lain pula ditangguhkan operasinya seperti LRT, monorel dan kereta api. Terdapat beberapa kesesakan trafik berlaku sepanjang jalan masuk ke Kuala Lumpur sepanjang hari. Ternyata perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan benyak membawa banyak kemudaratan.
Terkini, stesen LRT dan monorel dibuka semula selepas beberapa jam ditutup sempena perhimpunana haram tersebut. Maklumat lanjut boleh pergi ke alamat web ini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_53.htm; sumber: Utusan Online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HSBHCatatan Paling Ramai Baca.