Sabtu, 21 April 2012

Dua isu dari akhbar Cina yang menarik untuk dikupas.

Baru-baru ini saya telah membaca dua artikel yang disiarkan oleh MyMassa mengenai isu-isu terkini yang cuba diulas oleh pengarang-pengarang akhbar Cina di Malaysia. Isunya berkaitan dengan janji pihak pembangkang jika menakluk Malaysia (menerusi pilihan raya) serta isu pemansuhan PTPTN. Jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila klik pada pautan yang diberikan di bawah petikan. Berikut adalah sedutan isi kupasan oleh akhbar Cina yang disiarkan MyMassa: (Terjemahan daripada artikel sebenar yang ditulis dalam bahasa Cina.)




Sedutan artikel.

Klik pada pautan di bawah sedutan untuk membaca artikel penuh.

Artikel pertama: Terjemahan Akhbar Cina : Kaum Cina Tanya Anwar Mana Dapat Duit Hapus #PTPTN ?
Artikel terjemahan "Bajet alternatif: sila kemukakan tafsiran bajet" ditulis oleh Goh Chee Chong dan disiarkan di akhbar China Press, 12hb April 2012, m/s5.


PRU semakin hari semakin hampir, Pakatan Rakyat mulalah keluarkan cek-cek kepada rakyat, buat sementara waktu ini tidak kira sama ada cek-cek itu nanti cek tendang ataupun bukan, sebaliknya cek itu semakin hari semakin besar angkanya. Sebelum ini berjanji mahu mansuhkan bayaran Tol Plus, beri wang kebajikan sebanyak 1000 ringgit, turunkan harga minyak petrol dan sebagainya, sekarang pula mahu hapuskan wang pinjaman pengajian tinggi PTPTN, menunjukkan sebuah kerajaan alternatif yang sungguh bermurah hati, sungguh menggembirakan semua orang.


Sebaliknya penulis mahu kembali kepada keadaan sebenar dan realistiknya:  Pakatan Rakyat keluarkan cek yang begitu melambung tinggi nilainya, berapa banyak kah duit yang akan dibelanjakan? Dari mana datangnya duit-duit itu pula?


Sebelum ini cek Buku Jingga Pakatan Rakyat, secara kasarnya dalam bajet mereka mereka akan belanjakan 250 billion ringgit setahun, ia bermakna sama dengan pendapatan setahun negara, ia boleh menyebabkan dalam  masa 2 tahun sahaja negara boleh diisytiharkan muflis. Hari ini Pakatan Rakyat mahu mansuhkan wang pinjaman PTPTN sebanyak 43 billion ringgit itu, kami mahu bertanya adakah jika kerajaan BN jatuh dan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, negara kita akan punyai wang yang banyak sehingga tidak putus-putus boleh digunakan itu, akan dibazirkan semua oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah itu nanti?


Secara lurus saya ingin berkata, Pakatan Rakyat sering keluarkan cek-cek kosong, itu semuanya tidak membawa sebarang makna.  Kerana tiada orang yang begitu bodoh untuk mempercayainya, jika benar Pakatan Rakyat mahu kotakan janji-janji cek mereka itu, jaraknya amat jauh antara realistiknya dan logik akalnya. Mungkin mereka sangat ghairah keluarkan cek-cek janji mereka, jika kita duduk dan fikir baik-baik “dari mana untuk mendapatkan duit-duit” itu, bermakna kita akan rasa curiga kemampuan Pakatan Rakyat untuk kotakan janji-janji mereka itu.

Kata-kata jika tidak beri Pakatan Rakyat mencubanya, mana awak tahu Pakatan Rakyat tidak mampu? kami percaya inilah jawapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh orang-orang dan penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat.
Baca keseluruhan artikelnya di sini:
http://mymassa.blogspot.com/2012/04/terjemahan-akhbar-cina-kaum-cina-tanya.html.

Artikel kedua: Terjemahan Akhbar Cina : Masyarakat Cina Marah Bila Anwar Ibrahim Nak Hapus #PTPTN ?
Artikel terjemahan "Mansuhkan PTPTN? Apa solusi penggantinya?" ditulis oleh Huo Yah Lun dan disiarkan di Sin Chew Daily, 14hb April 2012, m/s 36.


Pemimpin pembangkang di parlimen Anwar Ibrahim timbulkan isu ini, dan berjanji jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat akan mansuhkan skim PTPTN, dan kos pendidikan pengajian tinggi itu dicadang akan ditanggung oleh Petronas, supaya golongan muda mudi semua kaum dapat pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti secara percuma.


Pengajian tinggi adalah pendidikan yang menelan kos yang tinggi, siapa yang tidak mahu jika ia dapat secara percuma? Cadangan seperti ini memang baik tetapi bagaimana ia boleh direalisasikan?


Sejak PTPTN ditubuhkan dan dilaksanakan, ramai pelajar kerana dapat bantuan dari PTPTN dapat tamatkan pendidikan tinggi mereka, mungkin ada sesetengah orang tidak setuju dengan dua perkataan “mendapat manfaat” ini diterjemah kepada biasiswa pelajar, tetapi kita tidak boleh menafikan, ramai muda mudi golongan miskin, kerana dalam keadaan tidak mampu masuk IPTA, kerana mereka melalui skim ini dapat tamatkan pengajian tinggi mereka.


Mansuhkan PTPTN dan beri secara percuma belajar di IPT, bukan semudah apa yang diperkatakan. Yang pertama, ini melibatkan kos yang amat tinggi, walaupun pihak kerajaan mampu menanggungnya, yang dapat menikmati kebajikan seperti ini bukan untuk semua golongan muda mudi, sedangkan pendidikan pengajian tinggi itu bukan satu pendidikan wajib ataupun pendidikan paksaan, dan bukan semua orang memilih ke jalan itu dan mereka bukan semua benar-benar sanggup untuk belajar di universiti.


Baca keseluruhan artikelnya di sini:
http://mymassa.blogspot.com/2012/04/terjemahan-akhbar-cina-masyarakat-cina.html.


Keseluruhan sumber dipetik daripada MyMassa:
http://mymassa.blogspot.com/.

Secara keseluruhannya, saya dapat merasakan pengarang akhbar-akhbar Cina yang dinyatakan ini mempunyai pemikiran yang matang dan dapat membuat pembaca berfikir mengenai isu yang dibawa. Mereka bukan saja mengulas isu-isu ini dari segi politik, malah mereka dapat memberikan tafsiran dari sudut yang agak berbeza. Namun, kita juga perlu berhati-hati apabila membaca rencana akhbar Cina yang membabitkan perkauman dan kepolitikan melampau. Ini kerana rencana-rencana sebegini dapat memberikan impak yang besar kepada masyarakat terutama pembaca. Jadi, janganlah terlebih sangat membaca akhbar-akhbar keluaran pembangkang. Sebaliknya, bacalah akhbar yang bersifat arus perdana (walaupun ada orang mengatakan akhbar tersebut dikeluarkan kerajaan), kerana kebanyakannya mengeluarkan berita yang padat dengan fakta dan maklumat berguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HSBHCatatan Paling Ramai Baca.