Jumaat, 23 Mac 2012

Permulaan yang memberangsangkan.

[Berita ini lambat disiarkan walaupun draf sudah lengkap].
PERIBADI, 28 JULAI: Tempoh 3 hari selepas pendaftaran dianggap lebih mencabar bagi yang kali pertama menetap di kolej universiti, itu reaksi Hafzan Shafiq bin Hamdan (HSBH) selaku bakal mahasiswa di Kolej Universiti 'Terengganu Advanced Technical Institute' (TATIUC). 3 hari yang dimaksudkan itu ialah program Minggu Haluan Siswa (MHS) 2011 yang telahpun diadakan pada 24-26hb Julai lalu. Minggu Haluan Siswa diadakan bagi memperincikan serba sedikit tentang suasana persekitaran kampus termasuk asrama, perihal pengajian (subjek/matapelajaran, kursus, program dan kokurikulum) dan banyak lagi. Ia diadakan selama tiga hari saja dan terbahagi kepada dua sesi yang mana sesi keduanya pula sedang diadakan mulai 27hb Julai lalu sehingga 29hb Julai ini. Majlis perasmian MHS 2011 telahpun diadakan pada 24hb dan 27hb Julai lalu (mengikut sesi) manakala majlis penutupnya akan diadakan pada 30hb Julai ini secara serentak pada malam tersebut.
MHS 2011 diadakan sebanyak dua kali mengikut pendaftaran yang telah berlangsung selama dua kali mengikut kursus yang ditawarkan. MHS 2011 juga dikendalikan oleh para fasilator (atau nama jolokan, fesi) yang berpengalaman sepanjang tiga hari program tersebut.
Banyak perkara mengenai TATIUC, asrama, pengajian, pinjaman serta lain-lain perkara dapat ditimba selama para bakal mahasiswa/pelajar berada dalam program tersebut. Selain itu, para pelajar dapat mempelajari kepentingan disiplin dalam diri pelajar apabila mereka berdepan dengan cabaran dan hukuman yang dihadapi seperti 'nyut telinga/ketuk ketampi', 'pumping' dan lain-lain apabila melakukan kesalahan. Pada program itu juga, 'Skuad Disiplin' juga ditubuhkan untuk mengesan para pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di dalam kampus.
Biarpun berhadapan dengan cabaran selama tiga hari program tersebut, namun semua pelajar yang terlibat berasa gembira dan seronok. Ini dibuktikan dengan persembahan khas pelajar yang diadakan pada penghujung program yang menunjukkan setiap satu persembahan mempunyai nilai-nilai moral untuk difikirkan selain membuatkan ramai ketawa semasa menonton persembahan itu.

SPM 2011: Tahniah kepada yang berjaya.

HSBH ucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2011 di atas kejayaan semua calon mendapat hasil yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011. Kesemua calon mendapat slip keputusan SPM 2011 pada 21hb Mac lalu. Berikut adalah laporan berita daripada Utusan Online mengenai peratusan pelajar mendapat gred. Seramai 559 calon mendapat semua A+, peningkatan sebanyak 156 orang calon daripada 403 calon pada tahun sebelumnya. Dikhabarkan peperiksaan SPM akan ditambah baik bagi memastikan calon mendapat keputusan yang lebih baik. Baca lebih banyak lagi cerita-cerita pelajar cemerlang SPM di Utusan Online. Kepada calon SPM yang akan mengambil SPM 2012, berusahalah sebaik mungkin untuk kejayaan para pelajar semua. Tahniah kepada semua calon!


Malam Persembahan BI 2012 (English Nite 2012) mantap.

PERKEMBANGAN KAMPUS, 22 Mac: Malam Persembahan Bahasa Inggeris (BI) 2012 (English Nite 2012) berlangsung dengan jayanya.
Malam Persembahan tersebut terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu bahagian pertama telah berlangsung pada 28hb Februari lalu dan bahagian kedua yang baru saja berlangsung pada 19 dan 20hb Mac lalu.
Terdapat beberapa buah kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari program Diploma sehingga Ijazah menyertai malam tersebut. Persembahan pada malam tersebut yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Pada malam persembahan bahagian kedua, kehadiran penonton agak ramai, yang membolehkan aktiviti ini berjalan dengan begitu meriah.
Malam Penutup Persebahan Bahasa Inggeris pula disempurnakan oleh Dr Nor Bahiyah binti Baba pada 20hb Mac. Pada malam tersebut kumpulan yang bertanding menerima hadiah berupa hamper setiap sekumpulan. Manakala dua persembahan terbaik pada malam persembahan yang lepas dipilih dan dipersembahkan semula kepada penonton pada malam penutup tersebut. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kerana memberi sokongan kepada aktiviti ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HSBHCatatan Paling Ramai Baca.